CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 24, 2009

aku rasa aku tak bole duduk rumah lama-lama lah..yelah,dulu kan asal cuti je ada training,so aku cuti sem paling lama pun seminggu je la aku rehat..lepas tu kemas la segala baju kasut dengan uniform masuk beg,balik melaka balik..rasa macam tak ada rumah pun ye jugak masa tu..haha

now aku rindu tu semua..T__T

sejak cuti ni(bunyi macam lama padahal baru seminggu),aku take over tugas surirumah.tapi aku lagi grand,permaisuri rumah.HAHA.aku enjoy jugak masak(kadang-kadang je),kemas rumah,basuh baju..haha..tipikal anak dara bila ada dirumah lah kan=)

sekarang musim hujan,no?

sejuk dan sangat kelam je aku rasa.ceh ceh ceh.okay lah,sebenarnya nak kata musim hujan ni tidur syok gila.=D

tapi aku tak tidur sgt.sebab..tak tau..sangat berlawanan dengan sikap aku betul lah.mungkin perubahan hormon berlaku secara drastik.kot..=D

dan duduk dirumah lama-lama buat aku jadi cepat sentap...err i mean,sensitif gila-gila.

contoh 1 :

sekarang kan musim hujan.setiap hari pun hujan.dah hujan mana boleh jemur kain.nanti akan jadi kerjaan yang sangat percuma(read:sia-sia) dan buang masa serta tenaga.tapi kakak dengan ibu suka tanya dan cakap macamkan aku tak nak jemur kain tu.

bukan aku taknak,aku nak.nak tahu?malah sangat excited.tapi dah hujan,nak buat macam mana.tak tau kah,aku bangun pagi-pagi lepas tu angkut la bakul kain tu berat-berat sebab nak jemur kain.walaupun aku tau hari mendung dan boleh jadi hujan bila-bila masa je.tapi aku jemur jugak,sebab aku sangat enjoy jemur kain.kerjaan yang seronok.haha(gelak dalam sentap ni).lepas tu tak sampai sejam kemudian,hujan turun lebat.terhegeh-hegeh la aku angkat bakul kain sebab nak angkat semua kain-kain jemuran tu.

tapi diorang kata aku malas jemur kain?sedih tauuuu!!..macam biasa,aku ni nampak je keras,padahal dalam bilik aku duk diam-diam mata dah merah-merah dah..tinggal sikit je nak banjir tu..

walaupun benda simple,pasal jemur kain je..tapi aku sentap..

contoh 2 :

aku tak tido siang lama-lama dah.tapi kalau dah bosan sangat lepas tu hujan lebat kat luar tu,aku baring-baring jugak la.lagipun da pukul 6 masa tu.kalau aku terlelap kejap,time tu la kakak,ibu ngn ayah baru balik keje.lepas tu nampak aku tengah tidur.okay la kan.bila aku bangun je semua nak membebel.

again,sedih tau..ayah buat joke,tanya berapa jam aku tido siang secara total..aku diam je..malas nak jawab..padahal dalam hati rasa nak menangis.aku tak tidur lama lah..T__T

okay,benda simple kan...tapi aku sentap..

contoh 3 :

aritu aku masak.aku admit,setakat macam aku ni,apa lah yang aku pandai kan.kau tunjuk rempah ratus depan aku sure fail lah aku nak kenal satu-satu.sah la tak boleh masuk gadis melayu.masa tu aku masak lauk simple je.err ikan masak asam kot..ke singgang..ke apa tah nama dia..aku ni mana tau nama lauk,aku tengok ibu masak macam tu aku follow je la..tu pun ingat-ingat lupa..yang penting ada rasa.seriously lauk simple je..

lepas tu aku excited la sebab family nak makan kan.sekali tu ibu aku komen macam-macam cakap kenapa letak cili banyak-banyak..pastu kakak gelakkan sebab lauk tu tak sama kaler dengan yang ibu selalu buat..pastu ayah kata belajar lah buat gulai ke,lauk-lauk yang extreme sikit sebab bukan budak kecik lagi nak masak simple-simple..

fine..fine..fineeeee everybody..

aku sentap okayyy T__T


***********

ala aku penat tau..dah lah duk rumah je,nak keluar tak ada kawan.tapi semua tak nak support..iskk..sentap gila..kadang-kadang rasa cam nak cry taknak berenti pun ada..T__T

lepas tu aku nak kerja semua tak nak bagi..alasan tak ada orang jaga rumah..dah aku jaga rumah semua nak komen itu ini..

aku nak kerja.work work work tau?

lepas tu semua kata aku tak boleh kerja sebab aku mana pernah kerja.kerja apa je yang aku boleh buat.

OKAY MEMANG SENTAP SANGAT-SANGAT now...TSK TSKK..

Monday, November 16, 2009

live from rumahku syurgaku.ehem..

it`s a holiday baybeh!aku tak tau kenapa,tapi aku rasa sem ni aku banyak main sangat.ermm rasa nyesal tak sudah ni sebenarnya,sem depan aku kena ubah dari "play hard,work hard" kepada"play hard,work harder"..=)

banyak cerita sebenarnya.dalam sem ni aku sedar banyak benda.dan tu semua banyak mengajar aku menjadi lebih baik.those are the lessons yang aku dapat tanpa perlu attend lecture,pengalaman nama dia=)

okay now mood nak rehat je kat rumah.dan tunggu en.bf pulang ke tanah air.






wahh sayang i rindu u sangat!

Thursday, November 12, 2009

okay nak cepat ni sebab tengah study C++ esok paper pukul 8.30.tapi sebab tengah dengar lagu lepas tu ada 1 lagu yang touching sikit,terus i teringat u..tehehehe=PPP

okay ini untuk u sayang,i dedicate ni..simpan dalam hati ya?=)

cinta ada
-jaclyn victor+sheila majid+karen kong-

Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita


Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya

Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa

Memang cinta ada dalam jiwa kita…


syaang,tak sabar nak jumpa u=)

currently watching : keeping up with the kardashian..

kim k sangat hot ok.like reaallyyy HOT..pstttt..sekarang kena practice buat smokin-hot smokey eyes macam kim punya tu..gila canteekkkk

alahai menyesal tertengok,kan dah takleh stop ni..adeehhh C++ n statics coming..mana mood study mannaaaaa??!!

ermm.

(--")

kepada kau yang rasa aku interested sangat dengan kau (kononnya)

tadi kan,kau duduk sebelah aku masa final.aku tau kau saja kan sebab kau ingat aku interested dengan kau.tapi maaf,kau silap besar.aku usha kau tak bermaksud aku nak kau..mintak sorry lagi,kau salah ya.dan ya,kau tipikal boys yang suka macam cool tapi kau tak cool pun sebenarnya..dan masa aku jalan balik dari makan tadi kau dan kawan-kawan kau dah buktikan yang kau orang ni budak lelaki tipikal yang hanya pandai panggil nama orang bila ramai-ramai je.bila sorang kau mati.dan itu jelas bukan type aku.makanya kau salah kalau kau rasa aku interested dengan kau..mungkin kau indah(okay comel or hensem or whatever you call),tapi kau tak pantas bagi aku...lagipun aku dah ada boyfriend.HAHA.

lepas ni jangan kata aku usha kau ya,sebab aku tak pernah nak usha kau pun...

haihh susah bila deal dengan budak-budak ni...dan deal dengan orang extra perasan ni lagi susah rupanya...lepas ni aku kena tunduk je la kalau jalan tu supaya tak ada yang perasan aku usha-usha lagi..

okay dah mengantuk.

selamat malam.

Wednesday, November 11, 2009

okay now i`m panic.too many nak ingat sampai kepala aku jadi swing.dan aku pening ni.kejap je lagi,8.30 ada paper ni.tapi tak apa,masih punya waktu senggang ni,jangan buang masa produce lah 1 entry quickplay nama dia.HAHAahahahaakudahmalasnakhafallagiHAHAHA.

aku tak tidur dari malam semalam mungkin.err mungkin disini means aku tak sedar adakah aku tertidur secara nyenyak atau tidak.sebab everytime nak pejam mata pun aku nampak step casting processes.sedar-sedar dah pukul 7 pagi wth??...wahh pathetic aku ni.sampaikan nak tidur pun masih menghafal notes.

(--")

err aku pernah kata pada bf,bagi aku subject membaca ni macam baca majalah je.yelah aku mana ada banyak subject membaca pun,unlike him,he has loads of it.dan course dia memang semua subject membaca lah kan(kecualilah kalau ada subject matematik kesihatan atau mekanik perubatan..HAHAHA.subject baru ni i create sendiri=P)...dan hari ni aku tumpas,aku terpaksa mengaku subject membaca bukan macam membaca majalah lagi.tsk tsk tsk T__T.

(--")

okay okay okay.kena pergi sekarang.

doakan aku ya=)















eh lupa,sayang ini untuk you:

jika kau percaya
seventeen

Apakah kau percaya sepenuhnya
Saat aku jauh darimu
Sudikah kau hapus air mata tertumpah
Saat aku terkulai lemah

Mungkinkah kudengar jawabmu
Dari hati yang terdalam yakinkanku
Jangan buatku meragu

Cintamu bisa membunuhku
Bila tiada percaya dalam hatimu
Cintamu bisa tegarkanku
Bila kau percaya kan hatimu padaku selamanya

Sanggupkah kau rejamkan api cemburu
Saat aku tak bersamamu

Mungkinkah ku dengar jawabmu
Dari hati yang terdalam yakinkanku
Jangan buatku meragu

Cintamu bisa membunuhku
Bila tiada percaya dalam hatimu
Cintamu bisa tegarkanku
Bila kau percaya kan hatimu padaku selamanya

jika kau percayaku,jaga selalu hatimu...